Monday 27 February 2017

EASY KIOSK PAU RizQi - Mudahnya Berniaga

    


EASY KIOSK PAU RizQi : Mudahnya Untuk Berniaga
(Frequently Asked Questions / Soalan-Soalan Lazim)

Apakaj Pakej Easy Kiosk Pau RizQi?
Ia adalah pakej perniagaan yang mengandungi kiosk, peralatan dan stok kuih Pau yang ditawarkan kepada sesiapa yang ingin berniaga Pau dan DimSum secara panas

Siapa yang boleh mengambil Pakej Easy Kiosk Pau RizQi?
Siapa-siapa sahaja yang hendak berniaga

Berapakah Harga Pakej Easy Kiosk Pau RizQi?
Harga asas ialah RM 1710 dengan kelengkapan serta stok pau
Boleh dikurang atau ditambah mengikut keperluan para peniaga

Dimana hendak Berniaga?
Di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian lokasi seperti di depan rumah, di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar malam/tani/lambak, ditapak-tapak perniagaan dan sebagainya. Sebagai tambahan produk kepada perniagaan yang sedia ada pun boleh

Bagaimana dengan lesen tapak?
Bagi kawasan yang perlukan lesen, pengambilan lesen adalah di bawah tanggungjawab para peniaga

Boleh untung ke?
Berdasarkan pengalaman kami, purata jualan adalah sekitar 80-250 biji pau sehari (RM 150-400 Untung Kasar). Ini adalah perkara subjektif kerana ia bergantung kepada kesesuaian lokasi yang dipilih, jangkamasa waktu perniagaan, khidmat pelanggan yang cemerlang, permintaan dari pelanggan serta beberapa faktor lain. Sekarang sudah ada DimSUM untuk menjana lebih pendapatan

Saya Baru hendak berniaga, boleh ke?
Boleh, latihan pengendalian perniagaan Easy Kiosk Pau Rizqi akan diberikan oleh Comel Food Sdn Bhd

Berapa lama saya boleh dapatkan Pakej ini?
Setelah bayaran dibuat; kiosk, peralatan dan stok pau akan dihantar kepada peniaga dalam masa 3-4 minggu. Jika penghantaran lebih awal atau ada sebarang kelewatan, pihak Comel Food akan maklumkan kepada peniaga
yang berkenaan

Apa Kelebihan Easy Kiosk Pau RizQi?
Murah, mudah dikendalikan, boleh dipindah mengikut kesesuaian, pasaran Kuih Pau & DimSum yang luas sedia ada, Sokongan dari Comel Food seperti bekalan stok yang berterusan, promosi di media sosial serta penambahbaikan produk dari masa ke semasa

Kenapa Pau RizQi?
Halal, Lazat, Pelbagai Inti, Buatan Bumiputera, Mengikut Kehendak Pasaran Seperti Pau Chicken Mushroom (Cendawan), DimSum Halal dan sebagainya. Dimakan oleh semua Bangsa di mana-mana dan pada bila-bila masa
Love & Like It. Nikmati Tanpa Ragu. mmmmm Dapnya

Bagaimana saya hendak mengambil Pakej Easy Kiosk Pau RizQi?
Boleh terus berhubung dengan pegawai Comel Food Sdn Bhd di talian
019-694 3916 @ 010-310 9284

Tertakluk kepada Terma Comel Food Sdn

EASY KIOSK PAU RizQi - Mudahnya Berniaga



Thursday 6 October 2016

Wednesday 21 September 2016

Inovasi Terbaru Dari Comel Food Untuk Semua Pelanggan Yang Dikasihi.
Datang-Yea. Dah Datang-Singgah lah. Dah Singgah-Belilah Pula. Dah Beli-Jemputlah Makan.
Kalau Ada Komen Beritahu Kami. Yang Best-Best Beritahulah Kawan-Kawan.
Terima Kasih di Atas Sokongan    

Tuesday 26 July 2016

Salam Syawal dan Selamat Berpuasa Sunat Enam (6) kepada semua rakan Muslim & Muslimat. Sepertimana yang kita hadapi sekarang, kos kehidupan semakin meningkat dan memerlukan kita menjana pendapatan sampingan. Bukanlah perkara mudah tetapi tidaklah juga sukar, jika kita berusaha, Insya-Allah akan ada hasilnya. Rebutlah peluang menjana pendapatan dengan menjadi Ejen Jualan Frozen Food untuk Comel Food Sdn Bhd. 
Lagi tinggi jualan lagi tinggilah komisennya.   
Hubungi  Pegawai Comel Food Sekarang!!! di talian 
010-310 9284 018-358 9409

Sunday 19 June 2016

PERCUMA!
KRUNCHY KARAMEL ALMOND & BAHULU BERINTI Kepada Semua




Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Salam Ramadhan kepada rakan-rakan Muslim & Muslimat. Didoakan agar semua baik-baik sahaja di dalam menjalankan ibadah puasa pada tahun ini (2016).

PERCUMA untuk PENGHANTARAN SAHAJA, YANG LAIN-LAIN TAK MAMPU KAMI. .. ..
Percuma penghantaran kepada semua penduduk sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya apabila membeli Krunchy Karamel Almond / Bahulu Berinti yang lazat dan enak dengan harga yang berpatutan keluaran syarikat Bumiputera Islam.

Harga Satu Bekas Krunchy Karamel Almond seberat 200 gram (Berat Bersih) hanyalah RM 35.00
Harga Satu Bekas Bahulu Berinti Strawberi (50 Biji) hanyalah RM 22.00
Harga Satu Bekas Bahulu Berinti Blueberi (50 Biji) hanyalah RM 22.00
Harga Satu Bekas Bahulu Berinti Coklat-Cip (50 Biji) hanyalah RM 22.00

3 Langkah Mudah Untuk Menempah:
1. Buat Pembayaran ke akaun Maybank Comel Pro Ventures (562834645956)
2. Emailkan Bukti Pembayaran, Jenis Pesanan (Krunchy Karamel Almond/Bahulu Berinti), 
    Kuantiti, Nama, No. Tel dan Alamat ke comelproventures@gmail.com
3. Tempahan akan dihantar ke rumah
     Caj Penghantaran mengikut kawasan     
     Percuma Ke Kawasan Bangi, Kajang & Putrajaya

Sebarang Pertanyaan
SMS ke Team Comel Pro / Comel Food : 010-3109284

Dikeluarkan oleh Syarikat Bumiputera Islam:
Comel Food Sdn Bhd
Dipasarkan oleh Comel Pro Ventures
22, Tingkat Bawah, Jalan 4/1B, Seksyen 4
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Blogspot : comel-food.blogspot.com 
Facebook : https://www.facebook.com/comelfood

Terima kasih di atas sokongan anda (rakan-rakan) semua
Selamat Menikmatinya


Nota:
Proses standard perniagaan kuih raya di pihak kami:
Tempahan akan diterima selagi kuota masih ada
Bayaran yang telah dijelaskan untuk tempahan yang telah diterima tidak dipulangkan kecuali jika tempahan tersebut tidak dihantar kepada pemesan.
Kami harap rakan semua memahami dua perkara yang di atas di dalam menjalankan perniagaan ini.

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan anda.    
Berkenaan Comel Food Sdn Bhd

Comel Food Sdn Bhd telah beroperasi dari tahun 2011 sehingga sekarang di Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia mula mengeluarkan Kuih Pau diikuti dengan Bahulu Berinti, Dim Sum dan Krunchy Karamel. Kuih Pau dibekalkan dan dijual kepada operator-operator kantin, hospital serta kedai-kedai makan di seluruh Malaysia kebanyakkannya di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memperbaiki dan menambah baik perkhidmatan dan produk Comel Food dari mula ia ditubuhkan sehingga sekarang secara berterusan. Comel Food telah mengikuti latihan-latihan dan bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan seperti KPNDKK, KKLW, KBS, PNS, MOA, Perbadanan Putrajaya, DBKL, MPSJ, SME Bank, SME Corp dan banyak lagi di dalam menambah baik perkhidmatan dan produk. Dengan Sijil Halal dan MESTI, para pelanggan boleh menikmati produk keluaran Comel Food dengan tenang dan tanpa ragu.
           

Pau, Bahulu



Krunchy Karamel & Dim Sum